Saturday 7 July 2012

Penilaian Sekolah Kluster Kecemerlangan 2012

                      Tarikh    :     5 Julai 2012
                      Masa     :     8.00 pg - 3.00ptg
                      Tempat  :     SMK Gajah Berang
                      Bilik Operasi  : Perpustakaan SMKGB
                      Wakil Pengetua   :   Datin Lim Bee Lay  (GPK Koku)
                      Pegawai Perhubungan :  Pn Teh On Chew (GPM)
Sumber dari : tehonchew.blogspot.com

Kebitaraan smk gajah berang
View more PowerPoint from Teh onchew

Kumpulan Nazir terdiri daripada :
1.   Ustaz Mashanizat B Ngasri, KPP Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM ( K )
2.  Hjh Adibah Bte Alias, Nazir Kanan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM 
3. Pn Rogayah Yusop, Nazir Sekolah, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM 
4.  Baharudin Basir, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Melaka
5. Pn Saniah Hassan, Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, Johor

 Sesi pagi : Pengenalan dan Pemberitahuan Tujuan Penilaian

 Ustaz Mashanizat B Ngasri, KPP Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, KPM mengetuai kumpulan Nazir bertemu dengan barisan Pentadbir SMK Gajah Berang di Perpustakaan .
Pihak sekolah telah bersedia menerima kedatangan Kumpulan Nazir.
Semua Dokumen yang diminta(mengikut senarai) telah dipamerkan dengan teratur.


Dokumen dan Fail-fail Pengurusan Pentadbiran dan Kurikulum

 Dokumen dan fail-fail bidang Hal Ehwal Murid

Dokumen dan Fail-fail bidang Kokurikulum

 Fail-fail Bidang Bahasa, Matematik dan Sains, Kemanusiaan , Teknik dan Vokasional
PnTeh On Chew (GPM) memastikan semua dokumen dan fail-fail yang diminta disediakan dan dipamerkan berserta label mengikut katogori dalam senarai semak.

 Datin Lim Bee Lay ( GPK Koku ) mewakili Pn Pengetua membentangkan Profil Sekolah.

 Datin Lim  memperkenalkan kebitaraan sekolah iaitu matematik dan gimrama.

Datin Lim memberi penjelasan  keistimewaan SMK Gajah Berang

 Barisan Jemaah Nazir bersama pentadbir - pentadbir sekolah menyaksikan persembahan Rubik Kuib  dan Gimrama yang disampaikan oleh kumpulan murid-murid SMKGB di Dewan Sekolah pada pukul 1.30 tgh.

  Wakil-wakil Murid SMK Gajah Berang menunjukkan kehebatan diri dalam Permainan Rubik Kuib di hadapan Barisan Nazir  dan Pentadbir SMK Gajah Berang.

 Pertunjukkan aksi-aksi menarik kumpulan gimnas SMK Gajah Berang

 Persembahan Gimrama : Acara Ribon
 Persembahan  Gimrama : Acara peralatan bola individu
 Persembahan Gimrama : Acara bola berkumpulan

 Aksi Menarik Kumpulan Gimnas SMK Gajah Berang

Pemantauan di Dataran NILAM : Promosi Kebitaraan Matematik

Gambar Kenangan : 
Eviden Kehadiran Barisan Nazir ke SMK Gajah Berang pada 5 Julai 2012 di Dataran NILAM sudut kebitaraan Matematik .

Gambar Kenangan bersama Barisan Nazir di Sudut Promosi Gimrama

Komen :
Terima Kasih atas penilaian yang dibuat keatas sekolah calon  kluster kecemerlangan 2012.
Semoga kunjungan anda menjadi detik sejarah SMK Gajah Berang.

Satu pengalaman yang sungguh bernilai walaupun dalam keadaan ketidakhadiran Pengetua 
SMK Gajah Berang.

GBS Boleh !

No comments:

Post a Comment